Bijak sungguh Umno-BN memainkan isu pasir  di Selangor sehingga tidak berpeluang dan terjawab oleh kerajaan negeri  Pakatan Rakyat Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Setiap penjuru  ditembak baik media cetak maupun media elektronik. Kata ore kelate tak  dan nak angkat kepala.
Tup-tup harga gula pasir yang naik.  Begitulah mudahnya rakyat dialihkan tumpuan.. diversion oleh kerajaan  sebelum menaikkan harga petrol, diesel, gula dan LPG. Rakyat yang akan  menanggung beban telah disogokkan sehingga memualkan dengan kes pasir di  Selangor. 
Berbondong-bondong ahli Umno dan Perkasa  berdemonstrasi (haram tetapi dihalakan) menghentam kerajaan Selangor dan  kini mereka sendiri terperangkap dengan mainan maha bijak PM DS Najib  Tun Razak. Sedang kemuncak isu berkenaan, dilepaskan bahan kenaikan  harga barang.
Media akan memberi sekelumit laporan  kenaikan harga berkenaan tetapi selebar mungkin hal pasir Selangor.
Benarlah  Umno-BN telah mencurah pasir ke dalam pinggan rakyat.
Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik   berkuatkuasa mulai tengah malam ini.Petrol RON 95 dan diesel  naik 5  sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada  apungan  secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga   automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan   hari ini.
Tidak jelas berapa  kenaikan harga RON 97. Tetapi  difahamkan harganya naik 5 sen dan akan  diselaraskan seterusnya  kemudian. 
Manakala harga gula pula  naik 25 sen kepada  RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen  sekilogram
Kenaikan  harga barangan  berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Tun Razak  dalam satu pengumuman   malam ini.
Menurut perdana menteri,  penyelarasan semula  harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan  mengurangkan  perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.
Ia  merupakan langkah  pertama program rasionalisasi subsidi secara  berperingkat-peringkat  mulai esok.
Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010.
Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.
Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010.
Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.
Berikut adalah harga baru:
- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
 - Diesel - RM1.75 seliter.
 - Gula - RM1.70 sekilogram
 - Gas LPG - RM1.85 sekilogram
 
Berikut  adalah harga baru gas: 
- Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
 
- Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
 
- Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
 
Sementara  itu, Berita Harian online memetik  Perdana  Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan  perlu  mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan   mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin   dengan kekuatan ekonomi negara.
Najib   berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian   Kuala Kedah di Alor Star, petang ini. 
Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.
Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.
Beliau  turut memberi  jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum  supaya tidak  membebankan rakyat.
Pada  27 Mei  lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala   dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak   memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.
Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.
Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.
Namun yang dinaikkan harga oleh UBN adalh  pasir juga. Iya ler Pasir ler jugak.. gula pasir yang tentu akan  berpasir kerna sekali naik 25 sen. Memang tak da sapa makan gula... cuma  gula ni bahan wajib di dapur ler. Bijak sungguh pentadbiran UBN bawah  DS Najib Razak ini.. menaikkan harga barang sebelum umat Islam sambutan  Ramadhan dan Hari Raya.
Isu kenaikan petrol, diesel, gula dan gas  LPG ini melengkapkan keseluruhan rangkaian untuk membolehkan pengusaha  menaikkan harga barangan lain. Semuanya. Segalanya yang berkaitan dengan  kehidupan manusiawi tcrmasuk goreng cekodok. Tunggu dan lihat ...  jangan harap wang saku anak sebanyak RM2 ke sekolah masih mencukupi...  kalau masih boleh dibeli nasi lemak atau seumpamanya maka kuantiti atau  kualitinya pasti berkurangan.
Sungguh menyedihkan kenaikan kali ini  kerana melibatkan 5 dalam satu dan ia jelas sekali sebagai usaha  menyelamatkan negara yang mungkin diambang kemuflisan seperti mana kata  Menteri berkenaan Idris Jala. Muflis kerana perbelanjaan yang banyak  tidak berfaedah dan merugikan negara..
Malas  nak mengulas panjang cukuplah sekadar berkata namun Najib tentu bijak  dalam hal menawan hati rakyat kerana khabarnya kakitangan kerajaan akan  menerima bonus akhir tahun ini... perrggh 












0 comments:
Post a Comment