"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi
Muhasabah diri..
Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan. “Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah). “Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya..... Dimanakah walaknya kita pada pemimpin...fikir-fikirlah.. Semoga kita menjadi pejuang agama yang sejati, mentaati segala suruhan Allah dan Rasul serta meninggalkan larangan-Nya.
Aktiviti Bulanan
Usrah bersama Ust. Hayazi Isnin minggu kedua Jam 930 malam
Usrah bersama Ust. Hadad Rabu minggu ke-4 Jam 930 malam
N.Surendran : The Star Didakwa Cuba Bakar Sentimen Bukan Melayu SHAH ALAM: Beberapa hari selepas seorang ahli MCA mempertikaikan laungan azan di sebuah masjid di Kuala Lumpur yang mencetuskan tunjuk perasaan umat Islam, akhbar milik parti itu, The Star memperlekehkan Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Dalam lidah pengarangnya, akhbar itu mendakwa undang-undang itu jika dilaksanakan adalah langkah ke belakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan. Dalam cubaan terdesak untuk membakar sentimen bukan Melayu, akhbar itu menuduh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor kononnya mahu menubuhkan sebuah pemerintahan Islam di negeri itu. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat N.Surendran menyifatkan laporan Star itu sebagai melampau dan cubaan terdesak untuk meraih sokongan bagi MCA. The Star mendakwa pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah membuka ruang kepada penubuhan Negara Islam di Selangor, dan bakal menghasilkan gelombang pengislaman dinegeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain. (Selepas satu persatu pemimpin MCA bersuara lantang hina/pertikai Islam..terdahulu dlm isu pekerja muslim di premis hiburan, naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, pada 16 Januari lalu telah memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat2 hiburan yang terlibat dgn arak..katanya langkah itu bertentangan dengan hak asasi manusia..sungguh biadab..baca lanjut di SINI..) Akhbar itu turut menyifatkan larangan orang Islam bekerja di premis menjual arak seperti yang termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah sebagai tidak masuk akal dan harus di tolak oleh semua pihak. Dalam cubaan untuk memutarbeitkan undang-undang syariah itu, Star mendakwa larangan itu juga harus meliputi pasaraya, kedai kosmetik, makmal dan hospital. Bahkan menurut The Star, pemandu lori dan van yang mengangkut arak, pramugari dan pegawai kastam juga bakal menerima kesannya. The Star mengulas tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang melarang penganut beragama Islam bekerja di premis-premis yang menjual penjualan arak, baru-baru ini. "Untuk Star mengatakan semata-mata isu kecil ini mengatakan pakatan rakyat tidak matang dan tidak boleh memerintah adalah pendirian yang ekstrem oleh The Star. Kita tak terkejut lah, kerana The Star ini dilihat berpihak kepada parti BN," katanya. Langkah MPSJ itu ditarik balik buat sementara setelah kerajaan negeri memutuskan sebuah dana untuk membantu pekerja Islam yang terbabit akan ditubuhkan terlebih dahulu.
Esok Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan bermesyuarat dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memastikan sebarang pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah dilaksanakan secara teratur dan tidak menjejaskan mana-mana pihak selain menegakkan syiar Islam di kalangan umatnya.
Surendren tidak menolak akhbar The Star memutarbelitkan Enakmen Jenayah Syariah Selangor untuk menarik sokongan masyarakat bukan Islam kepada Barisan Nasional khususnya dalam menghadapi pilihanraya kecil Tenang akhir bulan ini.
"Saya rasa isu ini isu kecil yang dibesarkan. Ada kemungkinan ia untuk memancing undilah," katanya.
LIVE AJL 34
-
KLIK DI SINI UNTUK MENONTON AJL 34
*Masalah Air Berkarat?Nak Pasang Cuckoo?Daftar Segera Secara Online *
*PASANG CCTV MURAH *
*IKLAN TEKS RM10 SEBU...
Catatan Dhuha april 2019
-
CATATAN DHUHA APRIL 2019 Catatan Dhuha. Hebatnya iman Saidina Abu Bakar
terbukti, apabila kafir musyrikin cuba meragukan keimanan beliau dengan
pemberitaan...
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN
-
*SAYA ADMIN BLOG RAKYAT MARHAEN DENGAN RASMI MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA
PENGIKUT BLOG INI DAN RAKYAT MALAYSIA, BERKUATKUASA PADA JAM 11.59 MALAM
11/5/2018 (J...
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
hello blog.
-
Ini kali lah...! Posting menentang arus itu memang tak popular. Tapi jika
posting membodek dan mengampu tetap digemar oran " Jika kita mengejar
AKHIRAT, DU...
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?
-
Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada
pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian
s...
Pendekar taik minyak
-
Sekadar mklumat; 1. Yg mengizinkn bible berbahasa melayu d bawa masuk ke
malaysia dr indonesia ialah BN melalui Idris Jala yg beragama kristian dn
di izink...
BERILAH KAMI KEMENANGAN YA ALLAH...
-
Tuan-tuan hari ini kita sedang berhadapan dgn satu lagi ujian. Banyakkan
berdoa, berselawat dan istiqomah. Moga kejayaan di pihak kita, amin...
0 comments:
Post a Comment