1 Januari 2011, SABTU
Perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri, yang berkuat-kuasa pada hari ini haruslah dikaji semula dengan segera. Sebagai seorang Setiausaha Kerajaan Negeri, penilaian dan kelebihan pada kredibiliti dan rekod kerja yang baik adalah amat penting. Namun, nampaknya perlantikan Khusrin tidak berdasarkan penilaian terhadap rekod dan pencapaiannya dan hanya melalui ‘pintu belakang’ serta ihsan ‘kabel besar Putrajaya’.
Kini, sekuel politik kotor kerajaan Pusat ini semakin terdedah kecacatannya apabila perkara asas perlantikan ini sendiri dikesampingkan sewenangnya, semata-mata mahu mendahulukan matlamat politik berbanding kepentingan rakyat Selangor. Jika tidak masakan seorang yang diketahui telah mencemarkan Jabatan Agama Islam Selangaor (JAIS) masih dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri? Tindakan biadab ini membuktikan bahawa kerajaan Pusat Umno-Bn sengaja mahu menganiaya rakyat negeri Selangor.
Ketandusan wang negara kerana ‘membiayai’ politik janji PM, 111 juta Permata dan projek RM 500juta Menara Warisan nampaknya telah memaksa kerajaan Umno-BN
bertransformasi menjadi Kerajaan Lanun Black Pearl sehingga terpaksa menghantar agen untuk merompak wang rakyat di negeri-negeri pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat pula. Ini jelas membuktikan bahawa perlantikan Khusrin adalah suatu agenda rampasan oleh Kerajaan Lanun Umno-BN. Maka, Selangor harus segera diselamatkan daripada agenda kotor lanun kolar putih Kerajaan Lanun Umno-BN ini.
bertransformasi menjadi Kerajaan Lanun Black Pearl sehingga terpaksa menghantar agen untuk merompak wang rakyat di negeri-negeri pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat pula. Ini jelas membuktikan bahawa perlantikan Khusrin adalah suatu agenda rampasan oleh Kerajaan Lanun Umno-BN. Maka, Selangor harus segera diselamatkan daripada agenda kotor lanun kolar putih Kerajaan Lanun Umno-BN ini.
Andai Kerajaan Lanun Black Pearl musnah dengan strategi makan tuan, begitu juga nasibnya dengan kerajaan Umno-BN yang nampaknya kini umpama di tali gantung sahaja kedudukannya. Jika benar perlantikan Khusrin adalah strategi terbaru PM Najib, yang juga selaku Pengerusi Umno Selangor, saya percaya, pemimpin Pakatan Rakyat tidak gentar kerana kami yakin, rakyat Selangor matang dan tahu siapa yang berjasa, dan siapa yang merompak.
Malah, sebagai seorang mantan Pengarah JAIS, Khusrin sendiri pastinya sedar akan kemampuan dan kelayakannya dan sepatutnya telah menolak tawaran jawatan ini sejak awal. Maka, saya menggesa agar Khusrin segera tampil memberi penjelasan agar dakwaan bahawa beliau sebagai agen dan ‘puppet’ pihak tertentu dapat disangkal, sekaligus membersihkan nama dan memulihkan integritinya selama ini.
Sekian. Terima kasih.
YB ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN
AHLI PARLIMEN AMPANG
MERANGKAP KETUA WANITA KEADILAN
AHLI PARLIMEN AMPANG
MERANGKAP KETUA WANITA KEADILAN
0 comments:
Post a Comment