Kesanggupan petugas dan penyokong PAS  dari seluruh pelusuk negara turun bertugas di DUN Tenang meskipun hujan  lebat melambangkan hasil tarbiyah PAS selama ini.
Malah petugas Pakatan Rakyat dari PKR  dan DAP turut sama meredah hujan meraih undi dan membantu pengundi ke  pusat-pusat pengundi.
"Penyokong Pakatan yang telah dididik untuk sanggup bekorban dalam apa jua keadaan," ujar Naib Muslimat PAS, Siti Zailah.
Menurut Zailah, pimpinan Pakatan Rakyat  turut melawat ke setiap pusat mengundi untuk memberi rangsangan dan  kata-kata semangat kepada setiap petugas agar bertahan dalam keadaan  yang mencabar ini.
Kesanggupan pimpinan turun dan melawat  ke setiap UPU memberi gambaran yang jelas bahawa pimpinan Pakatan  berjiwa rakyat dan sanggup sama merasa kepayahan yang dirasai petugas  parti itu.
Sehingga 2 petang, peratus keluar mengundi sebanyak 61.17 peratus atau 9,025 orang.Walaupun hujan  lebat di sekitar pekan Labis namun ia  tidak mematahkan semangat  penyokong parti untuk terus berhimpun memberi  galakan kepada  pengundi-pengundi di UPU Dewan Serbaguna Kampung Paya  Merah.
Tinjauan krew Tv Selangor mendapati rata-rata majoriti pengundi Cina keluar mengundi seawal jam 9 pagi di kawasan tersebut.
Dalam  pada itu Naib presiden PAS, Datuk  Mahfuz Omar yang ditemui pagi tadi  berkata, sekiranya PAS berjaya  mengurangkan majoriti maka usaha untuk  mengagalkan sasaran Umno-Barisan  Nasional memperoleh undi majoriti  5000.
"Dalam keadaan cukup undi  lama,  kurangkan majoriti dan gagalkan sasaran undi BN. Jika salah satu   daripada sasaran ini kena maka sudah cukup memberi tamparan kepada BN   tentang kebangkitan rakyat," tegas Mahfuz."Kita  harap pengundi Cina mesti keluar  sebab undi mereka banyak memihak  kepada kita. Kalau mereka kurang keluar  akan beri masalah kepada calon  PAS," jelas beliau ketika ditemui di  jalan Segamat-Labis.
Dalam pada itu Mahfuz berkata Felda Chemplak dan Felda Chemplak Barat mendapat sambutan baik daripada pengundi kaum Melayu.Jelasnya  hujan tidak menjadi penghalang  warga Felda keluar mengundi berikutan  petugas-petugas PAS dan Umno-BN  bertali arus membawa pengundi ke UPU  menggunakan pacuan empat roda.
Mahfuz turut menolak pengurangan besar 50 peratus undi seperti yang didakwa."Pengurangan pasti berlaku cuma kadarnya saya tidak jangka kurang daripada 50 peratus.
"Setakat ini tiada kes pengundi meragukan," tambah beliau lagi.
Sehingga jam 12 tengahari SPR mencatatkan jumlah 48.93 peratus atau 7,219 pengundi sudahpun keluar menunaikan tanggungjawab.














0 comments:
Post a Comment