;


Sunday, August 16, 2009

Subsidi yang menipu rakyat ( BN dah xder sponsor utk Permatang Pasir ? )

0 comments
Sempena bulan kemerdekaan ni… rakyat pahang terus ditipu oleh kerajaan negeri. kononnya kerajaan pahang memberi subsidi bil air di negeri ini. bagi sesiapa yang terima bil tanpa banyak songeh, mereka tentu tak perasan apa yang kerajaan pahang buat.

memang benar, tertera dalam bil air bulan ni ada subsidi kerajaan negeri. tapi adakah rakyat pahang tahu. anda telah ditipu hidup-hidup!

ini adalah bil air di sebuah rumah di pahang. kebetulan motorcabok singgah di rumah kawan lama. dia merungut-rungut tentang bil ni.

tertera di belakang bil air ini kadar-kadar bayaran bil air. bagi kategori rumahtangga dengan penggunaan air 0-18m³ (RM0.37) dan penggunaan air di antara 18.0-45m³ (RM0.79).



pengiraan bagi bil air ini memang salah dan tidak mengikut kadar yang ditetapkan di belakang bil. lihatlah sendiri, rumah ini menggunakan air sebanyak 32m³ dan sepatutnya membayar 32m³ X RM0.79 = RM 25.28 tetapi apa yang tercatat pada bil pada di bahagian patut bayar RM43.20


Subsidi yang diberi oleh kerajaan negeri RM 26.32. jadi setelah ditolak subsidi tu... pengguna ini hanya perlu membayar bil bulan ini setelah penggenapan hanyalah RM16.90 (murahnya...bil bulan ni)

pandai sungguh kerajaan negeri menipu rakyat. katanya diberi subsidi tapi yang apa yang sebenarnya berlaku hanyalah rakyat didahulukan untuk ditipu. sepatutnya pengguna ini tidak perlu membayar apa-apa lagi untuk bil bulan ini kerana subsidi yang diberikan kerajaan negeri telah melebihi apa yang sepatutnya pengguna ni bayar.

hampa tauuuu…. kadar bil air bagi rumah ni untuk bulan ogos ni RM1.35 untuk 1m³ berbanding yang sepatutnya RM0.37 hingga RM 0.79 sahaja.

kerajaan negeri bagi subsidi tapi menipu kadar yang sepatutnya. orang pahang… “deme” tengok le betul-betul bil air rumah “deme”!!... mungkin anda pun kena tipu.

eeeeemmmm.... ada sape-sape nak jawab tentang bil air ni?!

.

Surat Palsu : Permainan Kotor BN

0 comments
Surat Palsu: Pemuda PAS timbang tindakan undang undang

Dewan Pemuda PAS Pusat sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang undang berikutan pengedaran surat palsu yang mendakwa dewan itu memohon maaf dan bertanggungjawab membayar pampasan kerosakan kepada para peniaga ekoran himpunan Mansuh ISA 1 Ogos lalu.

Ketuanya, Nasruddin Hassan ketika ditemui berkata, Pemuda PAS akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat dan sedang mengumpul bukti bagi mengemukakan saman kepada pihak yang telah dikenalpasti memalsu dan mengedar surat tersebut.

"InsyaAllah kita akan mengambil tindakan undang-undang. Pertama kita akan buat report polis dan kita juga sedang mengambil kira untuk memfailkan saman kerana kita telah mendapat bukti sumber yang membuat surat palsu ini dan mengedarkannya," katanya ketika ditemui di ibu pejabat PAS baru-baru ini.

Sebuah akhbar bahasa inggeris pada 11 Ogos lalu telah menyiarkan surat tersebut. Surat berkenaan menggunakan kepala surat DPP dan bertanda tangan Nasruddin Hassan. Namun bagaimanapun kesilapan jelas dilihat apabila jawatan Nasruddin pada surat tersebut hanya ditulis sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS.

Nasruddin hanya mendapat tahu tentang surat palsu itu apabila beberapa individu yang mendakwa diri mereka peniaga di jalan TAR datang ke pejabatnya dengan membawa salinan surat tersebut beserta senarai kerosakan bagi menuntut gantirugi.

"Surat tersebut memang palsu. Ianya berniat jahat kepada DPP, menggunakan nama saya, tandatangan yang diciplak dan cop DPP yang ditiru," ujarnya menafikan surat tersebut. Image

(Nasruddin memegang surat palsu dan senaraui kerosakan)

DPP juga katanya berpendapat pihak polis yang perlu bertanggungjawab membayar gantirugi diatas segala kerosakan yang berlaku.

Jelasnya, jika tiada sebarang tembakan gas dan pancutan meriam air, perhimpunan pada hari tersebut akan berlangsung aman, malah peniaga boleh mengaut lebih untung dari kehadiran ramai orang pada hari itu.

"Yang bertanggungjawab adalah pihak polis. Meraka yang mencetuskan huru hara dan kelam kabut. Kalau tiada gangguan mereka, kita boleh berhimpun aman dan bersurai selepas itu dengan baik, tambahnya.

harakahdaily

PAS lwn BN - Pengumuman rasmi oleh SPR

0 comments

PAS lwn BN. Dua penjuru. Itu pengumuman rasmi oleh SPR sebentar tadi. Sungguhpun terdapat 15 bantahan terhadap kedua-dua calon, namun SPR memutuskan calon PAS Ustaz Salleh Man dan calon BN Rohaizat Othman layak bertanding pada 25 Ogos depan.

11.30 pagi

Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan telah cedera dan dibawa oleh ambulan apabila berlakunya pergelutan antara beliau dan pihak polis menyebabkan beliau cedera.

10.55 pagi

Sungguhpun riuh dengan kehadiran penyokong, keadaan sekitar kawasan penamaan calon terkawal dan tenang. Ketika ini wakil kedua-dua parti yang bertanding - PAS dan BN, masing-masing dibenarkan melihat borang penamaan calon yang dipamerkan di luar IBKN bagi membuat semakan dan bantahan. Wakil yang dibenarkan lima orang sahaja setiap kumpulan.

10.20 pagi

Calon Bebas dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti tidak dapat menyerahkan borang pencalonan kerana lewat dan hadir selepas pukul 10.00 pagi tadi.

10.05 pagi

Suasana sekitar penamaan calon hari ini, diwarnai dengan pemakaian topeng 'H1N1' oleh kebanyakan pemimpin dan penyokong kedua-dua parti - PAS dan Barisan Nasional bagi mengelak angkitan wabak influenza A itu.

Ini termasuklah para petugas terdiri daripada anggota pasukan keselamatan, kakitangan pilihan raya dan pengamal media juga mengenakan topeng perlindungan pernafasan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof semalam meminta semua parti yang bertanding mengawal penyokong iringan bagi mengawal ketenteraman dan mengelak jangkitan wabak itu..

9.45 pagi

Calon PAS, Salleh Man pula tiba bersama para pemimpin parti tersebut dan Pakatan Rakyat.Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba kira-kira jam 8.45 pagi. Turut hadir sama ialah Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan

Rohaizat menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi ini, diikuti oleh Salleh selepas itu.

9.20 pagi

Polis menganggarkan terdapat kira-kira lebih 5,000 orang hadir untuk menyokong calon PAS, Ustaz Mohd Salleh Man, berbanding Barisan Nasional (BN), yang mempunyai anggaran kira-kira 800 penyokong sahaja.

9.15 pagi

Mursyildul Am dan Presiden PAS tiba ke pusat penamaan calon. Sebelum itu, calon PAS dan rombongan masuk ke pusat penamaan calon. Kedua-dua mereka dikatakan tersekat di tengah-tengah penyokong yang ramai sebelum ini. Lim Guan Eng juga tiba ke pusat penamaan calon. Beliau diiringi lain-lain pemimpin DAP, PKR dan PAS.

Jam 8.52 pagi

Calon BN, Rohaizat Othman, memasuki kawasan penamaan calon di dewan Institut Kemahiran Belia Negara IKBN Bukit Mertajam dan menyerahkan borang pencalonannya


Sunday, August 2, 2009

Polis diperkuda seperti machine slot judi hanya semata2 untuk pertahan kebejatan UMNO-BN

0 comments
Puluhan ribu rakyat berpecah di lima kawasan sekitar Kuala Lumpur berhimpun secara aman dengan hanya satu tujuan, iaitu untuk menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

Puluhan ribu rakyat yang berani ini sekadar berhimpun dan berarak. Sangat mendukacitakan apabila saya dimaklumkan lebih 500 orang ditahan, dan di saat catitan ini dinukilkan, YB Sivarasa Rasiah antara mereka yang masih belum dibebaskan

Tidak kelihatan pada mereka yang menyertai perhimpunan tersebut senapang gas pemedih mata, tidak juga penyembur air kimia, apatah lagi untuk sewenang-wenangnya menangkap orang awam yang sedang melaksanakan hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka hanya ada suara serta hanya mampu mengacung tangan menumbuk ke langit luas, tanda protes terhadap kezaliman puluhan dekad lamanya dengan harapan untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang adil untuk semua.

Jelas, tiada apa yang berubah di negara ini; tiap kali ada perhimpunan aman, pihak polis masih terus dijadikan tunggangan olih elit kuasa UMNO-BN dengan menggunakan pendekatan sama sebagaimana lalu untuk menghalang rakyat dari menyatakan pandangan.

Mereka yang tidak sehaluan dengan pemerintah dianggap musuh durjana, ancaman keselamatan dan harus dihukum sekeras-kerasnya. Hari ini, rakyat menyaksikan sekali lagi keangkuhan penguasa UMNO-BN memperalat pihak keselamatan demi mengekalkan kuasa dan mempertahankan kebejatan mereka.

ANWAR IBRAHIM


Himpunan Anti ISA: Pengalaman Pertama Bersama Rakyat - Zaid Ibrahim


Luahan Zaid Ibrahim

Hari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran.


Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata, mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA.

Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhim
pun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita.

Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira’un.


Saya sebagai warga Malaysia yang prihatin telah turut sama menyertai perhimpunan aman ini. Tapi saya bersama dua anak saya dan kawan-kawan lain tak tahu ke mana mahu dituju kerana polis telah tutup banyak jalan. Kami hanya mahu ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum anti-ISA.

Kami telah tersepit di sebatang jalan dekat Masjid Negara. Ramai yang berarak menghala ke Jalan Kuching ke arah Selangor Club, kami pun ikut sama. Niat kami hanyalah untuk bersama-sama orang ramai menunjukkan sokongan. Tetapi bila sampai sahaja di belakang Selangor Club, polis dengan ganasnya telah menyembur gas pemedih mata dan menggunakan pncutan air tekanan tinggi. Lintang-pukang orang berlari. Saya pun tunggang-langgang lari.

Polis kemudian meminta orang ramai bersurai. Tetapi ke mana nak bersurai kerana semua jalan sudah ditutup. Tak ada cara lain kecuali patah balik ke arah Masjid Negara. Saya pun bersedia untuk bersurai. Tapi bila sampai dekat dengan Masjid Negara, ada pula sekatan jalan polis. Di situlah saya lihat orang ramai angkat tangan supaya polis membenarkan mereka bersurai ke arah bagunan Dayabumi.

Saya juga angkat tangan kerana kami memang nak bersurai. Ada dua orang wanita tua bersama saya yang merah serta berair mata mereka di samping terbatuk-batuk akibat bom gas pemedih mata. Seorang peserta lelaki yang cacat anggota dengan crutches nya tidak dapat lari. Saya tak tahu apa nasib manusia berani ini. Kasihan saya melihat mereka semua.

Rupa-rupanya polis sudah berniat jahat. Tanda angkat tangan tidak ada erti kepada mereka. Walau pun melihat ramai antara kami yang sudah mahu bersuara, polis terus melepaskan bom pemedih mata. Saya dapat lihat wajah-wajah polis berkenaan, kebanyakannya orang Melayu, yang penuh benci dan kesumat dendam.

Maka terpaksa lagi kami berlari elakan diri. Tapi nak ke mana lagi? Di Jalan Kuching dekat Selangor Club pun polis sudah melemparkan bom pemedih mata. Bom dari canisters yang tidak ada jenama kata kawan saya. Bererti bom jenis buatan haram. Dinegara kita apa pun boleh dilakukan Ramai orang termasuk saya terpaksa lari masuk ke dalam hutan kecil berhampiran Jalan Kuching dengan melompat pagar bangunan di situ.

Mujur juga ada pengawal keselamatan di situ yang baik hati yang telah melepaskan kami keluar dari perkarangan bangunan tersebut. Semoga Allah membalas budi baiknya. Di sana barulah kami dapat keluar untuk bersurai. Masa itu mata kami semua sudah merah, suara parau dan seluar koyak akibat terpaksa melompat pagar. Saya pun baru sedar bila sudah berumur begini lutut sudah tidak sekuat waktu muda dulu.

Memang jelas hak dan kebesan kita semakin terhakis. Apa yang polis lakukan dengan cara mengepung orang ramai yang hanya mahu berhimpun secara aman dan membelasah mereka dengan semburan air dan bom pemedih mata adalah untuk menunjukan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak peduli dengan kehendak dan keperluan rakyat.

Mereka mahu mengajar rakyat Malaysia bahawa era Pak Lah yang mahu mencuba membuka ruang kebebasan sudah tidak wujud lagi. Ini era Najib yang tak mahu dengar dan tak terima pandangan rakyat.

Bagi polis yang jelas bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, mereka mahu rakyat takut kepada mereka. Mereka tidak mahu kita di Malaysia bebas seperti Indonesia dan Filipina yang memberi rakyat peluang bersuara dan berhimpun secara aman.

Mereka mahu semua rakyat sedar bahawa Malaysia adalah Negara Polis seperti Myanmar. Sesiapa yang berhimpun dianggap bersalah kecuali mereka yang berhimpun untuk menyokong Najib dan pemimpin UMNO yang lain. Inilah mesej 1Malaysia ciptaan Najib yang memberi amaran kepada rakyat bahawa kekerasan akan digunakan pada bila-bila masa sahaja demi mengekalkan kuasa.

Tapi rakyat Malaysia termasuk saya juga ingin menyampaikan berita kepada Najib. Kita akan berkorban apa saja untuk menentang kekejaman dan kezaliman. Kita yakin kita di pihak yang benar kerana kita menentang salaha guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Kuasa rakyat akan menang juga suatu hari nanti di negara Malaysia yang tercinta ini,

Perhimpunan mansuhkan ISA berjaya - Cif Komander

0 comments

Walaupun gagal menyerahkan memorandum menggesa ISA dimansuhkan ke Istana Negara ekoran sekatan pihak polis, Cif Komander Himpunan Mansuhkan ISA, Salahuddin Ayub tetap menganggapnya sebagai berjaya.

ImageKetika dihubungi Harakah sebentar tadi, Salahudin berkata walaupun banyak rintangan dan halangan yang dihadapi para peserta perhimpunan, mereka telah menunjukkan semangat yang tinggi untuk terus berhimpun secara aman.

Menurutnya, walaupun kerajaan BN menggunakan media massa dan pasukan polis untuk menggagalkan perhimpunan itu, kehadiran puluhan ribu rakyat daripada segenap lapisan masyarakat membuktikan sokongan padu mereka agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

"Walaupun memorandum tidak dapat diserahkan kepada Istana Negara, kita amat terharu dengan semangat yang ditunjukkan rakyat yang berkumpul secara aman bagi menggesa ISA dimansuhkan," katanya.

ImageMenurutnya, disiplin dan kesabaran tinggi ditunjukkan para peserta perhimpunan dalam menghadapi provokasi dan tindakan ganas pihak polis membuktikan bahawa rakyat negara ini sudah matang dalam melaksanakan hak-hak mereka yang digariskan Perlembagaan termasuk hak berhimpun secara aman.

Ini katanya terbukti apabila tiada harta benda awam yang musnah dalam perhimpunan membabitkan puluhan ribu orang itu.

Mengulas tentang jumlah tangkapan yang tinggi pada perhimpunan kali ini, Salahuddin berkata pihak Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah menyediakan 30 peguam untuk memastikan mereka yang ditahan selamat dalam tahanan polis dan dibebaskan segera.

ImageBeliau yang juga Naib Presiden PAS mahu kerajaan BN melihat perhimpunan hari ini sebagai isyarat jelas daripada rakyat yang menuntut akta zalim itu dimansuhkan.

GMI juga, katanya akan terus mengadakan program susulan bagi menggesa ISA dimansuhkan.

"Kita juga akan tetap menyerahkan memorandum kepada Istana Negara pada minggu hadapan," katanya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta perhimpunan dan pihak yang membantu menjayakan perhimpunan itu.

Tindakan ganas dan kejam 1 Ogos: Polis diktator tidak hormati ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

0 comments

Angkatan Muda Keadilan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan ganas pihak polis menyerang, mengganasi dan menangkap rakyat Malaysia yang melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman di Kuala Lumpur hari ini, menuntut pemansuhan akta zalim ISA.

ImageAngkatan Muda Keadilan Malaysia mengutuk tindakan ganas polis yang sama sekali tidak perlu. Ia adalah di luar batasan amalan demokrasi dan hak asasi rakyat Malaysia untuk menyerahkan memorandum ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Malah pihak polis tidak menghormati Baginda kerana temujanji untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil Baginda telah ditetapkan pada hari ini.

Keganasan hari ini yang menindas dan menekan suara rakyat Malaysia ternyata mendedahkan omongan kosong '1 Malaysia' yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri.

ImageAngkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa Dato' Seri Najib Razak untuk membuktikan bahawa pentadbiran beliau bukan hanya berasaskan slogan-sloganan semata-mata dengan membuka ruang demokrasi dan bersuara kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai langkah pertama, hampir 500 orang rakyat yang ditahan hari ini ketika melaksanakan hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan, mesti segera dibebaskan.

Ketua Polis Negara dan pegawai-pegawai utama polis yang mengarahkan keganasan hari ini, mencabul hak perlembagaan rakyat dan bertindak biadap terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, perlu digantung tugas dan siasatan bebas dilaksanakan terhadap mereka.

Najib perlu bersedia membuktikan bahawa beliau berhasrat untuk benar-benar menjadi Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia dengan segera mengambil langkah-langkah perlu untuk menentukan kehendak sebenar rakyat mengenai ISA dengan mengadakan pungutan suara (referendum) bebas.

ImageTatacara pengendalian pihak polis terhadap rakyat yang berhimpun mesti dikaji semula bagi memastikan mereka mengawal keselamatan dan bukan bertindak liar mengganasi rakyat.

Sudah sampai masanya tindakan pemerintah memperalatkan polis untuk kepentingan sempit mereka dihentikan dan polis seharusnya menjaga keselamatan rakyat dan bukan mengganasi mereka.

Sekiranya Najib enggan melaksanakan perubahan-perubahan ini, ternyata beliau mengemukakan gagasan '1 Malaysia' hanya sekadar untuk mengabui mata rakyat dan memperdayakan Malaysia bahawa kerajaan hari ini sudah berubah.

Sumbangan diperlukan untuk bantu Unit Amal yang cedera

0 comments

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah merayu orang ramai yang bersimpati dengan dua orang anggota Unit Amal Negeri Pulau Pinang yang terlantar di Hospital Sungai Buloh akibat bas ekspres terbalik di Bukit Berutung ketika perjalanan menghadiri perarakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) pagi semalam menyumbangkan sedikit derma untuk pembedahan menghindarkan lumpuh separuh tubuh.

Kemalangan tersebut menyebabkan dua daripada dua puluh anggota Unit Amal yang menaiki bas ekspres Konsortium bertolak dari Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam jam 1,15 tengah malam terbabas dan seterusnya berbalik bila melanggar penghadang jalan.

"Dewan Pemuda PAS Negeri merayu orang ramai untuk membantu dua orang anggota Unit Amal yang parah sehingga menyebabkan kemungkinan lumpuh separuh badan. Kos rawatan mereka berdua ialah RM10 ribu," jelasnya.

Menurut Ustaz Yusni lagi, hari ini doktor terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang Abdul Razak bagi mengantikan beberapa elemen saraf yang rosak.

Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan boleh terus kepada akaun Bank Islam Dewan Pemuda PAS Negeri 07016010059732 atau menghubunginya (Ustaz Yusni) untuk mendapatkan keterangan lanjut di talian 0194500660

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin