;


Sunday, January 30, 2011

ANDA ADALAH PEMENANG SEBENARNYA!!!

0 comments

Rasmi : BN berjaya mempertahankan Dun Tenang....gagal capai sasaran

0 comments
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam lama Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut. 

Keputusan rasmi menunjukkan BN mendapat 6,699 undi manakala PAS mendapat 2,992 undi.

calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi - meningkat 1berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.
Calon BN juga menang undi Pos. Daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi. Satu undi pos ditolak.

Keputusan undi pos itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil, Md Asri Amir. di di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. 
Calon PAS, Normala Sudirman dengan tenang berkata, meskipun kalah pada PRK Dun Tenang, beliau tetap menyifatkan ia satu kemenangan di sisi Allah SWT kerana seluruh jentera parti berani untuk menentang Umno BN. Beliau juga berkata, beliau redha dengan keputusan tersebut kerana beliau telah berazam untuk menjadikan perjuangannya dalam PAS untuk mendapatkan redha Allah.
"Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera parti yang sanggup bersama-sama saya sejak awal saya diumumkan sebagai calon," katanya.
Umno/BN gagal mencapai sasaran yang ditetapkan untuk menang majoriti lebih 5000 undi, hanya 3707 undi majoriti diperolehi.

Keputusan Tidak Rasmi...

0 comments
Pilihanraya N05 Tenang telah tamat sebentar tadi. Keadaan hujaan masih turun dan beberapa tempat telah dinaiki air sehingga sedalam 1 meter seperti laluan dari Labis ke kg Paya Merah.

Jalan menghala ke Segamat telah ditutup kerana ditenggelami air.

Bot dan trak lima tan milik tentera dan bomba digunakan untuk membawa pengundi ke SMK Kamarul Ariffin selepas hujan di tempat itu kembali lebat. Terdapat juga kereta-kereta yang "tersangkut" di dalam banjir.


LAPORAN LANGSUNG

TIDAK RASMI


6:47
PAS: 2,033 BN: 4,420


6.38 pm KgRedong S2 PAS 67(96), BN 211(175)
6.26 pm BdrLabisTengah S1 PAS 123(128), BN 64(96)
6.26 pm BdrLabisTengah S4 PAS 209(244), BN 90(161)

KEPUTUSAN RASMI UNDI POS
PAS - 3
BN - 115
Undi rosak - 1
Jumlah keseluruhan - 119

Terdapat 33 peti undi termasuk peti undi pos dan masih terdapat 32 peti undi belum sampai.

Jumlah keluar mengundi 10,585 atau 71.75% dari 14,753 pengundi berdaftar.

Keputusan tidak rasmi pertama dijangkakan akan diketahui menjelang jam 6.30 malam untuk saluran-saluran dan pusat pengundian yang mempunyai pengundi kurang dari 1,000 orang.

GB akan cuba melaporkan keputusan terkini tidak rasmi tersebut dari masa ke semasa berdasarkan maklumat yang diterima dari petugas-petugas di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis untuk kesemua peti-peti undi.

Keputusan tidak rasmi juga boleh diikuti secara live dari "coveritlive" di bawah artikel ini.



Pakatan dakwa bantuan angkut pengundi tidak adil

Hujan lebat sepanjang hari Tenang telah mengakibatkan banyak kawasan di luar bandar ditenggelami banjir dan beberapa pusat pengundian terputus hubungan.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengundi Cina - yang menjadi bank
undi Pakatan - tidak dapat keluar mengundi.

Walaupun pasukan polis, tentera, jabatan pertahanan awam dan berbagai agensi kerajaan telah dikerah membantu membawa penduduk ke pusat pengundian, tetapi pemimpin Pakatan mengadnu ia tidak dilakukan secara adil.

Mereka mendakwa lebih banyak kemudahan pengangkutan dikerah ke kawasan Felda - yang merupakan penyokong kuat BN.

"Mengapa tidak ada bot untuk membawa majoriti pengundi di bandar Labis yang ditenggelami banjir tetapi Felda mendapat semua bot polis dan bomba?" soal ketua publisiti DAP, Tony Pua dalam twitternya.

Menurutnya, kegagalan untuk menyediakan bot dan lori yang cukup, dan diagihkan secara adil di semua daerah pengundian, akan menjejaskan keputusan pilihan raya kecil ini....


5.00pm: Kesemua 12 pusat pembuangan undi di Tenang ditutup pada jam 5 petang.


Pakatan Rakyat bimbang keadaan banjir dimanipulasi BN

Banjir yang berlaku di merata-rata kawasan di sekitar sekitar Dun Tenang dibimbangi akan dimanipulasi oleh Barisan Nasional melalui jentera kerajaan seperti Pertahanan Awam (JPA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Bomba.

Setiausaha Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Zabidie Abas berkata keadaan itu boleh dimanipulasi kerana agensi kerajaan itu ditugaskan untuk membawa pengundi ke pusat-pusat pengundian akibat banjir.

“Kita bimbang sekiranya perkara ini berlaku kerana Barisan Nasional mempunyai akses (kepada pengundi), sementara kita (Pakatan Rakyat) tidak dapat memberikan sentuhan terakhir kepada para pengundi,” katanya...


4.29pm: Sehingga jam 4 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 68.68% atau 10,133.




PANAS BERAPI TERKINI!! Pilihanraya DUN Tenang: DAP Dakwa Ada Proses Beli Undi!! RASUAH!!

0 comments

Sebentar tadi, DAP mendakwa berlaku proses beli undi melibatkan petugas Barisan Najis dengan pengundi di Tenang Station!

Menurut bapa kepada Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching, Teo Chin Liang dan seorang petugas DAP, Liew Choan Chee, mereka masuk ke dewan sekolah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tenang Station dan mendapati helaian cek bertulis "MCA Cawangan Tenang" tertera di bawah.

Mereka berdua syak ada berlaku pembelian undi kepada masyarakat Tionghua kerana sekolah itu tidak dijadikan sebagai tempat mengundi dan ditutup seperti biasa pada hari Ahad.

Laporan ini membuktikan bahawa MCA terdesak mahu membeli undi kaum Tionghua dengan mengarahkan mereka tidak keluar mengundi!

Cikgu Mala Optimis, Pengundi Bersemangat

0 comments
Calon PAS, Cikgu Mala masih optimis kemenangan akan berpihak kepadanya walaupun hujan turut dengan lebat sedikit menggangu peratusan keluar mengundi.
Beliau ketika melawat pusat pengundian di Sekolah Menengah Kamarol Ariffin, Bandar Labis Tengah tadi berkata,
"Saya yakin pengundi bijak membuat pilihan,
"Walaupun hujan turun dengan lebat saya tengok ‎​pengundi masih bersemangat untuk keluar mengundi," ujarnya.
Setakat ini Normala telah mengunjungi enam daripada 12 pusat pengundian setia ditemani suaminya, Maarof.
Insya-Allah kita nantikan keputusan malam ini dengan penuh debaran," katanya kepada pemberita di sana.
Dalam perkembangan lain, Malaysiakini melaporkan memetik satu laman twitter berkata, 62 buah keluarga di Kampung Tenang dipindahkan ke kawasan lain oleh Jabatan Pertahanan Awam berikutan banjir teruk.

Pemimpin PR Turun Padang, Bakar Semangat Petugas

0 comments


Kesanggupan petugas dan penyokong PAS dari seluruh pelusuk negara turun bertugas di DUN Tenang meskipun hujan lebat melambangkan hasil tarbiyah PAS selama ini.
Malah petugas Pakatan Rakyat dari PKR dan DAP turut sama meredah hujan meraih undi dan membantu pengundi ke pusat-pusat pengundi.
"Penyokong Pakatan yang telah dididik untuk sanggup bekorban dalam apa jua keadaan," ujar Naib Muslimat PAS, Siti Zailah.
Menurut Zailah, pimpinan Pakatan Rakyat turut melawat ke setiap pusat mengundi untuk memberi rangsangan dan kata-kata semangat kepada setiap petugas agar bertahan dalam keadaan yang mencabar ini.
Kesanggupan pimpinan turun dan melawat ke setiap UPU memberi gambaran yang jelas bahawa pimpinan Pakatan berjiwa rakyat dan sanggup sama merasa kepayahan yang dirasai petugas parti itu.
Sehingga 2 petang, peratus keluar mengundi sebanyak 61.17 peratus atau 9,025 orang.Walaupun hujan lebat di sekitar pekan Labis namun ia tidak mematahkan semangat penyokong parti untuk terus berhimpun memberi galakan kepada pengundi-pengundi di UPU Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah.



Tinjauan krew Tv Selangor mendapati rata-rata majoriti pengundi Cina keluar mengundi seawal jam 9 pagi di kawasan tersebut.
Dalam pada itu Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang ditemui pagi tadi berkata, sekiranya PAS berjaya mengurangkan majoriti maka usaha untuk mengagalkan sasaran Umno-Barisan Nasional memperoleh undi majoriti 5000.
"Dalam keadaan cukup undi lama, kurangkan majoriti dan gagalkan sasaran undi BN. Jika salah satu daripada sasaran ini kena maka sudah cukup memberi tamparan kepada BN tentang kebangkitan rakyat," tegas Mahfuz.
Tambahnya, situasi tersebut akan memberi laluan kepada PAS memandangkan pengundi-pengundi Cina memperlihat sokongan kepada parti itu.
"Kita harap pengundi Cina mesti keluar sebab undi mereka banyak memihak kepada kita. Kalau mereka kurang keluar akan beri masalah kepada calon PAS," jelas beliau ketika ditemui di jalan Segamat-Labis.
Dalam pada itu Mahfuz berkata Felda Chemplak dan Felda Chemplak Barat mendapat sambutan baik daripada pengundi kaum Melayu.
Jelasnya hujan tidak menjadi penghalang warga Felda keluar mengundi berikutan petugas-petugas PAS dan Umno-BN bertali arus membawa pengundi ke UPU menggunakan pacuan empat roda.
Mahfuz turut menolak pengurangan besar 50 peratus undi seperti yang didakwa.
"Pengurangan pasti berlaku cuma kadarnya saya tidak jangka kurang daripada 50 peratus.
"Setakat ini tiada kes pengundi meragukan," tambah beliau lagi.
Sehingga jam 12 tengahari SPR mencatatkan jumlah 48.93 peratus atau 7,219 pengundi sudahpun keluar menunaikan tanggungjawab.

Sunday, January 23, 2011

Akhbar MCA hina Islam: "Undang-undang itu (Enakmen Syariah Selangor) terlampau bodoh untuk digambarkan" - The Star....Mana perginya MUFTI?

0 comments


N.Surendran : The Star Didakwa Cuba Bakar Sentimen Bukan Melayu

SHAH ALAM: Beberapa hari selepas seorang ahli MCA mempertikaikan laungan azan di sebuah masjid di Kuala Lumpur yang mencetuskan tunjuk perasaan umat Islam, akhbar milik parti itu, The Star memperlekehkan Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Dalam lidah pengarangnya, akhbar itu mendakwa undang-undang itu jika dilaksanakan adalah langkah ke belakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan.

Dalam cubaan terdesak untuk membakar sentimen bukan Melayu, akhbar itu menuduh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor kononnya mahu menubuhkan sebuah pemerintahan Islam di negeri itu.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat N.Surendran menyifatkan laporan Star itu sebagai melampau dan cubaan terdesak untuk meraih sokongan bagi MCA.

The Star mendakwa pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah membuka ruang kepada penubuhan Negara Islam di Selangor, dan bakal menghasilkan gelombang pengislaman dinegeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.


(Selepas satu persatu pemimpin MCA bersuara lantang hina/pertikai Islam..terdahulu dlm isu pekerja muslim di premis hiburan, naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, pada 16 Januari lalu telah memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat2 hiburan yang terlibat dgn arak..katanya langkah itu bertentangan dengan hak asasi manusia..sungguh biadab..baca lanjut di SINI..)

Akhbar itu turut menyifatkan larangan orang Islam bekerja di premis menjual arak seperti yang termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah sebagai tidak masuk akal dan harus di tolak oleh semua pihak.

Dalam cubaan untuk memutarbeitkan undang-undang syariah itu, Star mendakwa larangan itu juga harus meliputi pasaraya, kedai kosmetik, makmal dan hospital.
Bahkan menurut The Star, pemandu lori dan van yang mengangkut arak, pramugari dan pegawai kastam juga bakal menerima kesannya.

The Star mengulas tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang melarang penganut beragama Islam bekerja di premis-premis yang menjual penjualan arak, baru-baru ini.

"Untuk Star mengatakan semata-mata isu kecil ini mengatakan pakatan rakyat tidak matang dan tidak boleh memerintah adalah pendirian yang ekstrem oleh The Star. Kita tak terkejut lah, kerana The Star ini dilihat berpihak kepada parti BN," katanya.

Langkah MPSJ itu ditarik balik buat sementara setelah kerajaan negeri memutuskan sebuah dana untuk membantu pekerja Islam yang terbabit akan ditubuhkan terlebih dahulu.

Esok Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan bermesyuarat dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memastikan sebarang pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah dilaksanakan secara teratur dan tidak menjejaskan mana-mana pihak selain menegakkan syiar Islam di kalangan umatnya.

Surendren tidak menolak akhbar The Star memutarbelitkan Enakmen Jenayah Syariah Selangor untuk menarik sokongan masyarakat bukan Islam kepada Barisan Nasional khususnya dalam menghadapi pilihanraya kecil Tenang akhir bulan ini.

"Saya rasa isu ini isu kecil yang dibesarkan. Ada kemungkinan ia untuk memancing undilah," katanya.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin