
Belum pun surat rasmi tawaran debat dihantar kepada Dato Seri Najib Razak, namun perdana menteri dari awal lagi menolak pelawaan tersebut. Sedangkan surat pelawaan debat oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz akan dihantar Khamis ini. Bagaimanapun Najib menolak pelawaan debat terbuka dengan Mursyidul Am PAS, sebaliknya mencadangkan diadakan musyawarah bagi menyelesaikan kekalutan politik di antara PAS dan Umno. Menteri Besar Kelantan itu berkata, surat berkenaan tidak akan menyebut tempoh atau waktu...