;


Sunday, January 23, 2011

 Kabinet Najib jadi pemimpin lebai malang

0 comments
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 23 Jan: PAS mengharapkan Datuk Seri Najib Tun Razak menerima debat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, jangan banyak helah dan cuba mengalih isu.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Anwar sudah mengemukakan fakta mengenai kemampuan Pakatan Rakyat jika diberi mandat untuk memerintah.
Katanya, sumber yang Pakatan Rakyat  perolehi dengan memerangi rasuah yang menyebabkan negara rugi RM28 bilion setahun dan memotong balik RM19 bilion subsidi yang diberikan kepada IPP. 
Tambahnya, subsidi untuk rakyat RM10 bilion akan diberi semula supaya minyak dan makanan dapat dikawal dan menstruktur semula tol di Malaysia dengan kos RM23 bilion dan elaun tambahan kepada guru RM3.2 bilion setahun.
Menurutnya, jika dijumlah dengan anggaran pendapatan hasil daripada memerangi rasuah dan memerangi kroni ialah RM47 bilion dan perbelanjaan hanya RM32.2 bilion,  maka Pakatan Rakyat mampu malahan lebihan.
Ini, tambahnya tidak masuk lagi hasil balak, minyak, sawit dan sebagainya di mana sekarang rakyat hendak dengar hujah Datuk Najib yang kata kalau laksana janji Pakatan Rakyat maka negara akan bankrap.
“Malangnya Datuk Najib cuba mengalih isu debat kepada isu liwat.
“Nampaknya saf kabinet negara memang pemimpin lebai malang,” ujarnya.
Tan Sri Muhyiddin Yasin suruh Pakatan Rakyat naikkan gaji guru yang berkhidmat di negeri Pakatan.
Manakala Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno merangkap Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri menyuruh negeri Pakatan Rakyat menurun harga barang di negeri pakatan.
Katanya, kesemua pemimpin tertinggi Umno fikiran mereka satu skima sahaja gagal  menjawab soalan yang berbentuk fakta.
“Sepatutnya menjawab masalah, bukan lari daripada masalah yang dibangkit,” katanya.
PAS, ujarnya yakin Najib bimbang dengan kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia.
Penganalisis ekonomi AmResearch, Manokaran Mottain tidak menolak inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu).

Wanita yang Menutup Aurat itu Indah seperti Emas Permata

0 comments
Islam mewajibkan umatnya menutup aurat. Kewajipan ini sepertimana yang terakam dalam surah an-Nur ayat ke 31 yang bermaksud:

''Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya'' 

manakah yang lebih mulia?

Pernah terjadi suatu kisah yang menceritakan tentang seorang gadis bukan Islam yang sangat terpikat dan mengagumi Islam. Dia juga sudah boleh memahami dan menerima segala-galanya tentang Islam kecuali satu perkara.

Mengapa wanita Islam mesti menutup aurat terutama memakai tudung?

Sudah banyak orang yang ditanya oleh gadis itu termasuk ustaz-ustaz dan orang Islam lainnya. Namun dia masih belum dapat berpuas hati dengan jawapan-jawapan mereka semua.

Pada suatu hari, kawan gadis itu telah membawanya berjumpa dengan seorang ustaz pula. Pada mulaya dia agak keberatan.

“Rasanya, sama sahaja jawapan daripada ustaz-ustaz itu. Tidak payahlah kita pergi membuang masa kita dengan menemui mereka.”

Kawannya yang sudah Islam itu terus memujuk, “Cubalah dahulu sahabat, bukan salah kita mencuba. Thomas Edison dan Kapten Fried juga hanya berjaya setelah ribuan kali percubaannya.”

“Tapi ini soal agama? Aku yakin Tuhan punyai sebab mengapa hanya wanita Islam sahaja yang diperlukan menutup keseluruhan badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki hanya dari pusat ke lutut. Pasti ada sebabnya, tapi nampaknya orang Islam sendiri pun kurang mengerti.”

“Engkau perli aku ya?” Kawannya itu mencebik. Dia buat tidak endah. Kawannya mengalah, terus memujuk.

“Baiklah, ini yang terakhir. Kalau jawapannya kurang memuaskan hatimu, kita berhenti.” Tiada cara lain untuk memujuk sahabatnya itu melainkan melafazkan janji sebegitu.

Mereka berdua pergi berjumpa dengan ustaz tersebut.

“Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.”

Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.

Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.

“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawap dengan sejujur mungkin?”

“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.

“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”

“Pernah.”

“Pernah masuk ke kedai emas?”

“Pernah.”

“Pernah ke pasar malam?”

“Pernah.”

Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.

“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”

“Tentu sahaja di kedai emas.”

“Bagaimana keadaannya?”

“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”

“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”

“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”

Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan,” katanya di dalam hati.

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.

“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”

Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.

Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”

Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.

Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang, “Tiada Tuhan melainkan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.”

Semua melafazkan syukur~

Sunday, January 2, 2011

0 comments
http://islamicpearls.alrahmanpnp.com/wp-content/uploads/2010/01/al-quran.jpg

JEDDAH: Kementerian Hal-Ehwal Islam memberi amaran mengenai kehadiran naskhah al-Quran dari luar negara yang mengandungi kesalahan yang tidak disengajakan mahupun disengajakan di Arab Saudi, lapor akhbar bahasa Arab Al-Hayat, semalam.

Kementerian dilaporkan mengeluarkan surat pekeliling kepada pihak kastam mengatakan Kompleks Raja Fahd yang mencetak al-Quran sudah meneliti bahawa naskhah al-Quran yang dicetak di luar negara dan diedarkan syarikat penerbitan Saudi mengandungi kesilapan kerana sesetengah surah dicetak berulang kali dan ada juga yang tiada.


Pihak berkuasa di lapangan terbang, pelabuhan dan pusat imigresen di sempadan diarahkan untuk menghalang naskhah kitab suci itu dibawa masuk ke Arab Saudi.

Pegawai cawangan kementerian terbabit di Al-Baha, Nasser Al-Badran memberitahu Al-Hayat pengharaman itu dibuat ekoran penemuan kesilapan yang disengajakan mahupun tidak disengajakan dalam naskhah al-Quran dari luar negara. “Sesetengah individu sengaja meletakkannya di dalam masjid walaupun tahu ia mempunyai kesilapan,” kata Nasser.


“Terdapat kesilapan dalam percetakan yang membawa maksud berbeza dan kesalahan ejaan hingga makna satu-satu surah itu salah,” tambah Nasser. - Agensi

sumber

MASIH ADA LAGI PENGIKUT KAUM UMAT NABI LUTH!!!! DI MALAYSIA MEREKA DI LINDUNGI -....MALANGNYA

0 comments



Satu laporan yang agak mengejutkan disiarkan oleh Akhbar Utusan Malaysia hari ini tentang pendedahan tangan-tangan ghaib di sebalik kelab-kelab gay di Malaysia. Kelab-kelab gay di negara ini dikesan bergerak secara tersembunyi dan sukar dikesan malah dipercayai 'dilindungi' golongan orang kenamaan (VIP). Namun berita ini mungkin sekadar mengejutkan orang-orang kampung yang hanya memperolehi maklumat melalui TV3, TV1, TV2 dan Utusan Malaysia serta media-media lain milik kerajaan.

Petikan Utusan Malaysia: [Sumber]

Seperti 'tidak boleh disentuh', agensi penguat kuasa turut berhadapan cabaran menjalankan operasi di lokasi-lokasi panas yang dikenal pasti menjalankan aktiviti seks songsang.

Selain berselindung di sebalik premis urut, pusat hiburan, kelab gay telah lama wujud tetapi menggunakan nama persatuan atau pertubuhan yang sah.

Difahamkan, kebanyakan golongan gay terbabit terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi, profesional, tokoh korporat dan selebriti.



Bagaikan "sudah terang lagi bersuluh" VIP yang melindungi kelab-kelab gay di Malaysia ini sudah jelas sekali dan diketahui umum. Salah seorang daripada mereka adalahanak perempuan kesayangan mantan Perdana Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir yang bergelar Datin Paduka Marina Mahathir. Kelab gay ini bergerak aktif melalui sebuah persatuan yang menggelarkan diri mereka sebagai Seksualiti Merdeka. Anda boleh terus ke laman web persatuan laknat ini dan lihat sendiri siapa dalang kelab yang memperjuangkan gay dan lesbian ini.

Di bawah ini screenshot yang diperolehi daripada website kelab tersebut, sila klik untuk membesarkan imej.



Nuffnang Ads




ReJaM© "Kepada penyokong-penyokong gerombolan, tahniah kerana memilih untuk mendapat kemurkaan Allah"

“PELANTIKAN KHUSRIN SUATU AGENDA RAMPASAN KERAJAAN LANUN UMNO-BN”

0 comments

1 Januari 2011, SABTU
Perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri, yang berkuat-kuasa pada hari ini haruslah dikaji semula dengan segera. Sebagai seorang Setiausaha Kerajaan Negeri, penilaian dan kelebihan pada kredibiliti dan rekod kerja yang baik adalah amat penting. Namun, nampaknya perlantikan Khusrin tidak berdasarkan penilaian terhadap rekod dan pencapaiannya dan hanya melalui ‘pintu belakang’ serta ihsan ‘kabel besar Putrajaya’.
Kini, sekuel politik kotor kerajaan Pusat ini semakin terdedah kecacatannya apabila perkara asas perlantikan ini sendiri dikesampingkan sewenangnya, semata-mata mahu mendahulukan matlamat politik berbanding kepentingan rakyat Selangor. Jika tidak masakan seorang yang diketahui telah mencemarkan Jabatan Agama Islam Selangaor (JAIS) masih dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri? Tindakan biadab ini membuktikan bahawa kerajaan Pusat Umno-Bn sengaja mahu menganiaya rakyat negeri Selangor.
Ketandusan wang negara kerana ‘membiayai’ politik janji PM, 111 juta Permata dan projek RM 500juta Menara Warisan nampaknya telah memaksa kerajaan Umno-BN
bertransformasi menjadi Kerajaan Lanun Black Pearl sehingga terpaksa menghantar agen untuk merompak wang rakyat di negeri-negeri pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat pula. Ini jelas membuktikan bahawa perlantikan Khusrin adalah suatu agenda rampasan oleh Kerajaan Lanun Umno-BN. Maka, Selangor harus segera diselamatkan daripada agenda kotor lanun kolar putih Kerajaan Lanun Umno-BN ini.
Andai Kerajaan Lanun Black Pearl musnah dengan strategi makan tuan, begitu juga nasibnya dengan kerajaan Umno-BN yang nampaknya kini umpama di tali gantung sahaja kedudukannya. Jika benar perlantikan Khusrin adalah strategi terbaru PM Najib, yang juga selaku Pengerusi Umno Selangor, saya percaya, pemimpin Pakatan Rakyat tidak gentar kerana kami yakin, rakyat Selangor matang dan tahu siapa yang berjasa, dan siapa yang merompak.
Malah, sebagai seorang mantan Pengarah JAIS, Khusrin sendiri pastinya sedar akan kemampuan dan kelayakannya dan sepatutnya telah menolak tawaran jawatan ini sejak awal. Maka, saya menggesa agar Khusrin segera tampil memberi penjelasan agar dakwaan bahawa beliau sebagai agen dan ‘puppet’ pihak tertentu dapat disangkal, sekaligus membersihkan nama dan memulihkan integritinya selama ini.
Sekian. Terima kasih.
YB ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN
AHLI PARLIMEN AMPANG
MERANGKAP KETUA WANITA KEADILAN

Tawaran RM500: Umno mengelabah...Kesatuan Guru Melayu Malaysia sokong janji PR..

0 comments


Kesatuan Guru sokong tawaran RM500

Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Mohammad Sabri Arshad menyambut baik tawaran RM500 sebagai imbuhan kepada guru-guru pada setiap bulan sekiranya PR menjadi kerajaan sebagai salah satu drp dasar 100 hari setelah memerintah.

KGMMB tidak mempunyai halangan untuk menerima tawaran sebaik itu daripada mana-mana kerajaan yang memerintah,asalkan kerajaan tersebut mengutama dan menjaga kebajikan para guru di negara ini.

"Oleh sebab itu KGMMB amat mengalu-alukan tawaran itu kerana sebagaimana kita sedia maklum guru-guru sudah lama tertekan dengan beban tugas dan mereka sering membuat rayuan kepada kerajaan tetapi malangnya sampai kini belum lagi berhasil,"katanya.

Sehubungan itu katanya,sekiranya ada tawaran daripada mana-mana perti yang memerintah samada PR atau BN yang mahu menjaga kebajikan guru-guru KGMMB menyokong dan mengalu-alukan. - Hrkh

Guru mana tak mahu RM500 sebulan

Tawaran Pakatan Rakyat (PR) untuk menaikkan imbuhan sebanyak RM500 kepada warga pendidik merupakan sesuatu yang menarik. Hal ini kerana tawaran tersebut membabitkan kira-kira 400 ribu guru. Sudah pasti sebelum membuat tawaran ini pihak PR telah membuat kajian kerana wang yang diperlukan untuk tujuan tersebut mencecah RM3.2 bilion setahun.

Tawaran ini bolehlah disifatkan sebagai serampang dua mata – politik dan tanggungjawab. Dari sudut politik, seperti yang dinyatakan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo (klik di SINI..) tawaran kenaikan gaji guru sebanyak RM 500 ini boleh mempengaruhi rakyat untuk memberi undi kepada PR.






(Ini adalah tawaran dan janji Pakatan Rakyat..terserah kepada rakyat samaada untuk menerimanya atau tidak...umpama janji kerajaan tidak menaikkan harga minyak sehingga akhir tahun lepas, namun janji itu dimungkiri...so, rakyat akan menilai, semuanya demi kebaikan rakyat..)
Menurut Dr Khir, tidak mustahil sebahagian besar mereka akan menilai tawaran tersebut dengan serius. Hal ini kerana kebanyakan guru mempunyai pegangan politik yang agak bebas. Tidak ramai yang membuat keputusan menyokong mana-mana parti politik sejak awal lagi.

Tambahan pula kos sara hidup yang kian meningkat yang diakibat oleh pemotongan subsidi oleh kerajaan. Isu boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan biar pun Dr Khir mendakwa PR mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya. Pada masa yang sama alasan pemotongan subsidi pula sekadar melepas batuk di tangga.

Dari sudut tanggungjawab pula, Ahli Jawatankerja Kerja PAS Pusat, merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa imbuhan RM500 untuk guru adalah suatu penghargaan kepada warga pendidik dan bukanlah suatu tindakan politik murahan bagi meraih undi mereka pada PRU akan datang.

Pernyataan Dr Dzulkefly ini ada asasnya. Jika imbuhan ini bersandarkan semata-mata kepada politik, PR sepatutnya menawarkan imbuhan yang sama kepada kakitangan kerajaan yang lain. Namun, PR menyedari bahawa bidang perguruan bukanlah suatu kerjaya seperti kerjaya lain. Tugas mendidik adalah tugas membentuk generasi masa depan.

Menurut Dr Dzulkefly lagi, membentuk modal insan tidak akan dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Prosesnya memakan masa, wang ringgit dan pengorbanan dan tugas ini terpikul di atas bahu para guru. Hal ini kerana dari gurulah maka lahirnya ahli politik, ulama, jurutera, doktor, kerani, pegawai tentera dan sebagainya.

Jika PR berniat menawarkan imbuhan ini atas dasar politik murahan dan kepentingan peribadi untuk menang PRU, lebih baik tawaran ini diperluaskan kepada semua kakitangan kerajaan, warga emas, penganggur, dan sebagainya.

Oleh sebab itulah pihak lain selain guru ditawarkan imbuhan dalam bentuk lain seperti penghapusan tol, skim warga emas dan lain-lain.

Hakikatnya, kenaikan imbuhan sebanyak RM500 itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan peranan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh guru. Di sekolah, guru bukan sahaja mengajar anak-anak muridnya, malah mereka juga bertindak sebagai pegawai tadbir, kerani, atlit, imam malah kadang kala menjadi tukang kebun.

Namun, oleh sebab tawaran ini datangnya daripada PR, maka tidak dapat tidak akan dipolemikkan oleh ahli-ahli politik. Pihak kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan yang kini diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar melihat tawaran ini dengan serius. Mungkin beliau memandang tawaran ini sebagai sesuatu yang terpencil.

Namun, ingatan Dr Khir bahawa kesilapannya kurang mengambil kira tawaran PR dalam PRU yang lalu menyebabkan Selangor terlepas harus menyedarkan Muhyiddin. Dalam hal ini, bukan soal wang ringgit semata-mata, Muhyiddin mesti melihat permasalahan warga pendidik dalam kerangka yang lebih luas.


(Tawaran gaji ini adalah seiring dan beban dan tugas guru yang semakin mencabar dan meningkat dari setahun ke setahun..apalah sangat dengan bakti dan jasa guru yg telah mencorak anak bangsa ke suatu tahap yg cukup tinggi..)

Banyak permasalahan dalam bidang pendidikan yang masih belum selesai. Antara isu yang paling besar ialah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), isu kekurangan guru dalam dalam mata pelajaran kritikal, isu pemansuhan peperiksaan utama, isu disiplin pelajar, isu bantuan sekolah agama, isu elaun dan sebagainya.

Namun, walaupun dihimpit dengan pelbagai isu, para guru di Malaysia tidak pula mengadakan demontrasi atau mogok. Mereka tetap meneruskan tugas yang diamanahkan.

Harus diingat, guru juga manusia seperti insan-insan lain. Ada hati dan perasaan. Tidak selamnya kepala mereka boleh dipijak, ditolak ke kiri dan kanan. Diam bukan bererti setuju, tetapi mungkin memberi peluang untuk pihak lain membetulkan kesilapan. Tetapi jika kesilapan itu diulang-ulang, seolah-olah para guru ini seperti robot, anda silap. Kesabaran manusia ada hadnya. Pengorbanan juga ada batasnya.

Jika pengorbanan yang dicurahkan selama ini, tidak pernah dipedulikan. Malah dijadikan kambing hitam pula atas kepincangan sosial masyarakat. Maka, akan sampai ke suatu tahap bahawa ada suatu lagi pilihan yang lebih baik, maka siapakah yang sanggup menolaknya. Mungkin nilai RM500 itu kecil, tetapi bakal membawa perubahan yang besar terhadap masa depan generasi anak-anak kita. - HD

Wednesday, September 8, 2010

Perutusan Idulfitri 1431H

0 comments
Bismillahir Rahmanir Rahim

Allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar.Lailaha Illallah Wallahu akbar.Allahuakbar Walillahil Hamd

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

Segala kebesaran milik Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus berabdi di dalam bulan Ramadhan dan seterusnya menyambut Hari Raya Idulfitri 1431H pada tahun ini. Sesungguhnya kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT ini wajar dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan memperbanyakkan aktiviti ibadah dan seterusnya meningkatkan ketaqwaan selari dengan tujuan berpuasa.
Orang yang bertaqwa hidupnya selari dengan agama. Hidup beragama terlalu jauh berbeza dengan hidup berdasarkan perlembagaan buatan manusia. Kerana tuan punya dunia ini telah menetapkan adanya hari pembalasan dan ini wajib diulang-ulang berbelas-belas kali setiap hari di dalam solat (maliki yaumid din). Oleh yang demikian, apalah sangat pihak yang mereka perlembagaan dapat membawa ruh perlembagaan buatan ini untuk memuaskan hati pihak hakim di akhirat kelak iaitu Allah SWT. Tanpa ada seebarang keraguan di mahkamah Allah (without any shadow of doubt). Bolehkah perlembagaan buatann ini menyelamatkan seseorang manusia itu darripada neraka Allah SWT.

Perlembagaan sebenar (alsirat al-mustaqim) ialah al-Quran yang kita tadarus, yang kita baca di dalam solat, di pejabat, di dalam perjalanan ke pasar atau ke mana-mana. Ia mengandungi nur iaitu cahaya.

Cahaya itu bukan cahaya matahari, bulan, bintang tetapi cahaya yang menyuluhi qalbu insan, bagi menentukan halal dan haram, dosa pahala, taat maksiat dan syurga neraka. Tanpa adanya cahaya ini mansua akan meraba-raba dalam kegelapan. Itulah gunanya al-Quran, iaitu untuk menimbal kelemahan-kelemahan manusia.

Sebab itu di dalam saat manusia berhibur pada hari ini, galak dengan makan minum, pakaian yang baru, manusia tetap disuruh, melaungkan Allahuakbar sekuat-kuatnya, di merata-rata tempat, bukan sahaja di masjid dan di surau. Ini kerana jika Allahuakbar adalah akbar, terbesar, terpenting, maka segala urusan hidup lain menjadi kecil, boleh diketepikan bila bertembung dengan kehendak Allah SWT. Di negara kita, umat islam masih agak terikat dengan budaya bertakbir di masjid dan di surau sahaja. Saya mencadangkan agar kita mempelopori suasana yang baru, berteraskan sunnah iaitu bertakbir di merata-rata temppat.

Insya-allah jika semangat takbir ini dihayati sepenuhnya, banyak permasalahan yang berlaku di dalam negara dapat diselesaikan. Masyarakat dapat hidup aman dan damai tanpa sebarang pertembungan yang melibatkan keturunan dan kebudayaan. Kita sudah tentu mengimpikan masyakarat di negara kita khususnya dapat hidup sejahtera tanpa sebarang gangguan dan ancaman yang terhasil dari perbezaan kaum dan keturunan. Melayu misalnya dapat menerima menantu dari keturunan Cina, India tidak merasa kekok untuk bemertuakan seorang Melayu bahkan Melayu dengan senang hati berjemaah dan berimamkan seorang Cina atau India Muslim. Ini boleh terhasil apabila semangat takbir dapat dilaksanakan sepenuhnya dan bukan hanya sekadar meniti di bibir semata-mata.

Alhamdulillah, ini dapat kita saksikan sepanjang Ramadhan khususnya apabila masjid-masjid dan madrasah-madrasah dipenuhi dengan kaum. Tanpa mengira bangsa, semua kita melafazkan amin apabila imam menghabiskan bacaan al-fatihah. Kita tidak merasa kekok apabila bahu kita bersentuhan dengan saudara seagama dari kaum lain ketika mengerjakan solat. Kita tidak berasa janggal untuk menghulurkan salam kepada rakan sebelah yang berbeza keturunan. Persoalannya, kenapakah perasaan ini tidak muncul di luar masjid dan madrasah? Jawapannya, kerana kebesaran Allah SWT hanya diikrarkan di dalam masjid sahaja dan tidak dibawa keluar sebagai asas kehidupan.

Oleh yang demikian, besarlah harapan saya agar hari raya yang disambut pada tahun ini dan tahun-tahun yang seterusnya berjaya menjadi alat penyatuan di antara kaum yang berbeza dengan berteraskan kalimah takbir. Laungan takbir ini jauh lebih menjamin keselamatan dan keamanan jika dibandingkan dengan laungan perkauman yang dikumandangkan oleh golongan-golongan yang tertentu. Bahkan masyarakat non muslim sendiri pun tentunya merasa jauh lebih terjamin keselamatan dan ketenteraman mereka di bawah syiar Islam dibandingkan dengan syiar bangsa dan keturunan. Insya-allah, jika ini dihayati, matlamat untuk menyatu padukan masyarakat Malaysia akan tercapai.

Selain itu, tidak lupa saya berpesan agar anak-anak Kelantan di perantauan dapat berhati-hati semasa berada di jalan raya. Perlulah diingat bahawa kepulangan kita ditunggu-tunggu oleh orang yang tersayang. Janganlah pula kepulangan di hari raya disambut dengan kedukaan akibat perkara yang tidak diingini semasa di jalanraya. Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa agar setiap amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan khususnya diterima sebagai amalan yang soleh dan akan diganjari oleh Allah SWT dengan sebaik-baik ganjaran.

Salam Idulfitri. Minal ’aidin wal faizin.

Dengan hormat,

YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

1 Syawwal 1431H 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin