;


Saturday, July 4, 2009

Bomohisme merebak luas dalam Elit UMNO

0 comments

1.Bomohisme adalah amalan syirik yang menuntut supaya apa yang dihajati pasti berlaku.Fahaman ini menolak takdir dan rasional akal.Bahkan bomohisme menolak rukun iman.
2.Bomohisme dalam hal tertentu ada persamaan dengan fahaman machiavelli- iaitu tujuan menghalalkan cara.Untuk mendapatkan perkara yang dihajati , seseorang yang mengamalkan bomohisme sanggup membunuh , sanggup memutuskan silaturrahimi , sanggup berpisah suami isteri dan sanggup memperkudakan suami/isteri.

3.Pengamal bomohisme tidak perlu bekerja kuat & menolak merit.Bagi mangsa yang terkena bahana amalan bomohisme biasanya doktor sukar merawat kerana gejala-gejala sakit tidak dapat dikaitkan dengan presentasi sesuatu penyakit yang diketahui.Sakit tersebut juga tidak bertindak balas kepada rawatan ubat-ubatan.

4.Dikalangan elitis UMNO bomohisme sangat meluas amalannya.Awal tahun 90-an rakyat dikejutkan dengan penemuan mayat seorang pemimpin UMNO Pahang yang dikerat 22 cebisan mayatnya.Bomoh Mona Fendi yang terlibat memang menjadi favourite pemimpin-pemimpin UMNO ketika itu.

5.Disember 2008 sekali lagi rakyat dikejutkan dengan penemuan bahan-bahan mantera bomoh yang diselit di bawah meja Pak Lah di banggunan UMNO PWTC.Yang menjumpainya polis-polis pengesan bom.Yang dicari bom tetapi yang terjumpa adalah bahan-bahan bomoh yang diyakini bertujuan untuk melemahkan Pak Lah.Siapa yang boleh masuk ke bilik persidangan UMNO kalau bukan pemimpin-pemimpin UMNO juga.

6.Di awal bulan May 2009 sekali lagi pemimpin UMNO sembah bomoh !! Kali ini di DUN Perak pula.Salah seorang EXCO kerajaan haram UMNO telah mengimport seorang bomoh dari Selangor yang diyakini bertujuan melemahkan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Perak.Kunyit dan lada hitam bertaburan di celah-celah dan sudut-sudut dewan DUN Perak.Seorang sahabat saya yang bertugas di Pejabat SUK Perak masih menyimpan gambar-gambar mantera bomoh tersebut.

7.Dalam satu sidang tertutup di Perak pada Disember 2008 kami telah dimaklumkan oleh SS Dato' Mufti Perak tentang bakal PM ketika itu terlibat dengan amalan bomoh import dari India.Maklumat tersebut telah disahkan oleh Dato' Muhammad Taslim iaitu salah seorang pemimpin India-Muslim di Perak.Kata Dato' Taslim beliau sendiri pergi ke India untuk mengabsahkan berita tersebut.

8.Sekarang kecoh '1 Malaysia' apabila seorang isteri VVIP (namanya Rosmah) dituduh menggunakan bomoh dalam banyak urusan penting kehidupan diri dan suaminya.Yang membuat tuduhan bukan orang lain 'adik beradik sendiri , mak sedare , dan jiran tetangga di kampung'.Kalau tak betul tuduhan tersebut , ROSMAH kenalah saman mereka tu , nak bersihkan nama.Kalau menang berjuta-juat ringgit boleh dermakan ke tabung permata (pet projek ROSMAH).

9.Sangat membimbangkan.Adakah bomoh-bomoh yang sedang mencaturkan agenda-agenda penting kerajaan Malaysia sekarang.Tengok sajalah hari ini tiba-tiba saja Najib mengumumkan Model Ekonomi Baru Malaysia yang melayan emas pelabur-pelabur asing tanpa polisi terbaru tersebut dibincang dan diperhalusi secara teliti.

"Sesungguhnya mantera , azimat dan taulah (jampi-jampi yang dibuat
oleh kaum wanita supaya suaminya cinta kepadanya) adalah syirik !!"

(Hadis riwayat Hakim dan Ibnu Hiban)

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin