;


Tuesday, July 7, 2009

KETUA PEMUDA UMNO MANGSA LANGGAR LARI BABI HUTAN

0 comments
Sdr Fabli bin Yahya kemalangan akibat dirempuh babi hutan ketika beliau sedang memandu motosikalnya menuju ke tempat kerja.Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Kabut hanya mengalami cedera ringan sahaja. Sdr Azlan Ibrahim Ketua Pemuda PAS Paya Bedong menghantarnya ke klinik Pekan Awah.

Kejadian berlaku sekitar jam 8.00 pagi didepan kedai Air Gau Ent. berhampiran kedai makan Mak cu.Dua ekor babi tiba-tiba meluru daripada arah seberang jalan,seekornya tepat menuju kearah motosikal yang dipandu oleh Fabli yang mengakibatkan beliau tumbang bersama motosikanya.

Keadaan menjadi gawat seketika apabila babi tersebut menuju arah kedai makan makcu yang penuh dengan orang ramai,namun orang ramai menarik nafas lega apabila babi tersebut membatalkan 'serangan keduanya' dan menuju arah lain.....
Tahniah kepada sdr Azlan. Inilahlah dakwah yang harus kita contohi.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin