| |
PELIK juga memikirkan tindak-tanduk sebuah pertubuhan NGO pro-ISA, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) untuk mengadakan demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara pada Sabtu, 1 Ogos ini. Bukan menjadi satu kesalahan untuk berdemonstrasi dan berarak secara aman bagi menyokong ISA. Sokonglah, kalau itu difikirkan wajar. Tetapi sengaja mengadakan perhimpunan pro-ISA di hari yang sama perhimpunan anti-ISA diadakan sebenarnya boleh menimbulkan kejadian dan insiden tidak perlu. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengumumkan cadangannya secara rasmi pada 22 Jun lalu untuk mengadakan perhimpunan Mansuhkan ISA (Mansuh) di ibu negara bertujuan menyerahkan memorandum ke pejabat Yang Dipertuan Agong. Manakala Pewaris yang mendakwa mewakili sepuluh NGO Melayu yang lain menyatakan hasrat mengadakan perhimpunan menyokong ISA pada tarikh dan tempat yang sama hanya pada petang 21 Julai - hampir sebulan setelah GMI menyatakan hasrat mereka. Antara yang bakal menyertai perhimpunan pro-ISA Pewaris adalah sebuah pertubuhan silat! GMI bersama 83 NGO lain (termasuk Pemuda Gerakan) akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara dengan berpakaian hitam dan merah ke Istana Negara. Manakala Pewaris dengan 10 NGO Melayu dan ahli-ahli Silat Lincah akan berada di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari. Mulai 11 pagi, demonstran pro-ISA yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok bersebelahan Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara. Tidak diketahui sama ada kedua-dua kumpulan, anti-ISA yang berhimpun selepas solat Zohor, dan pro-ISA yang berhimpun sebelum solat Zohor akan bertembung di pintu Istana Negara. Bagaimanapun kemungkinan besar himpunan pro-ISA yang telahpun berarak pada jam 11 pagi akan mengakhiri perhimpunan mereka sebelum solat Zohor bagi memberi kesempatan kepada ahli-ahlinya yang kesemuanya Melayu-Islam untuk menunaikan solat Zohor! Sehubungan itu, kita yakin tidak berlaku pertembungan antara dua kumpulan ini di hadapan Istana Negara kelak. Bagaimanapun kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Dato' Ibrahim Ali bahawa demonstrasi anti-ISA anjuran GMI dan pro-ISA anjuran Pewaris pada tarikh dan tempat yang sama (walaupun masa yang berlainan) bakal "menimbulkan huru-hara" patut diambil perhatian serius pihak keselamatan. Jika Ibrahim Ali yang juga penggerak utama demonstrasi pro-ISA itu tidak boleh menjamin perhimpunan yang bakal diadakan berjalan secara aman, Pewaris tidak sepatutnya dibenarkan berhimpunan pada tarikh itu. Selaku pemimpin - tidak kira sekecil manapun bilangan yang dipimpin - Ibrahim perlu bertanggung jawab. Wajar baginya membatalkan sahaja cadangannya untuk berhimpun kerana beliau tidak mampu mengawal anak-anak buahnya daripada bertindak ganas dan melakukan provokasi. Ramalan Ibrahim bahawa dua perhimpunan itu boleh "menimbulkan huru-hara" adalah berniat jahat dan mendedahkan niat sebenar perhimpunan pro-ISA itu dilaksanakan. Ibrahim dalam kenyataannya berkata Perkasa dan NGO Melayu lain akan berarak mempertahankan akta itu "walaupun boleh menimbulkan huru-hara." Malah beliau mengugut akan meneruskan perhimpunan pro-ISA itu jika Himpunan Mansuh yang digerakkan GMI tidak dibatalkan dan pihak polis tidak mengambil tindakan tegas. "Kerajaan sudah umum akan kaji ISA, apa perlu perhimpunan ke Istana Negara. "Tunggu sehingga kerajaan pinda atau bagaimana (keputusannya), baru boleh kemuka bantahan," katanya melalui pesanan SMS kepada Malaysiakini. Jelaslah apa sebenarnya yang terkandung dalam benak hati Ibrahim, Pewaris dan Perkasa yang dipimpinnya. Tujuan perhimpunan pro-ISA itu diadakan adalah untuk menimbulkan huru-hara atau paling tidak dijadikan alasan oleh pihak polis untuk menghalang sebarang bentuk perhimpunan 1 Ogos ini di Kuala Lumpur. Pastinya Ibrahim sendiri bukanlah contoh terbaik untuk diikuti. Beberapa perhimpunan yang disertai olehnya termasuk dalam menjatuhkan kerajaan pimpinan PAS di Kelantan pada 1978 berakhir dengan huru-hara. Ianya berbeza dengan perhimpunan aman yang dianjurkan masyarakat sivil negara seperti perhimpunan Bersih pada 2008 apabila 100,000 rakyat berhimpun di ibu kota dengan berbaju kuning. Perhimpunan Bersih dan Mansuhkan PPSMI beberapa bulan lalu berjalan dengan aman dan berakhir dengan aman. Jika adapun kekecohan, ia disebabkan tindakan FRU menembak gas pemedih mata kepada mereka yang berhimpun. Tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera dan tiada harta awam yang rosak binasa dalam dua perhimpunan itu. Ia tidak seperti beberapa perhimpunan yang dianjurkan Ibrahim Ali di Kota Bharu sehingga mendorong Kerajaan Pusat mengisytiharkan Mageran di negeri itu. Walaupun Ibrahim dan kelompok ultra-Melayu pimpinannya berusaha menggagalkan himpunan Mansuh, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya akan tetap meneruskan perhimpunan itu. Malah lebih seribu petugas Unit Amal telah dikerah bagi mengawal keselamatan dan peserta Himpunan Mansuh bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. Himpunan Mansuh juga mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai pihak antaranya Pemuda Gerakan, parti gabungan BN. Malah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilapor melarang Pemuda Umno daripada terlibat dalam perhimpunan pro-ISA yang dianjurkan Pewaris menyebabkan Ibrahim 'naik angin'. Untuk pengetahuan, tanggal 1 Ogos 2009 dipilih sebagai tarikh himpunan Mansuh sempena 49 tahun ISA digubal |
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 months ago
0 comments:
Post a Comment