;


Monday, October 5, 2009

2 Tsunami pada 11 Oktober..!

0 comments
Tarikh 11hb. Oktober adalah satu debaran di mana salah satu Tsunami pasti berlaku pada hari tersebut. Samada Tsunami itu adalah gelora badai samudera yang setinggi beberapa tingkat bangunan ataupun Tsunami klimex kebangkitan rakyat bakal berlaku sebaik sahaja pengumuman kemenangan calon PAS pada PRK Bagan Pinang.

Seluruh Bagan Pinang terdedah kepada risiko Tsunami dalam keadaan semasa 'echo' daripada gempa 7.6 skala ritcher Rabu lalu. Risiko ini juga terdedah kepada ratusan ribu warga pinggir pantai Port Dickson termasuklah puluhan ribu penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan tidak ketinggalan risiko ini terhadap ribuan penyokong rasuah.

Bukan saya pinta malapetaka ini berlaku malah minta disimpangkan. Ini kerana ketika ini saya sedang menemani anak sulung yang baru selesai pembedahan pembuangan tonsil di Hospital Pantai (Bangsar). Jika Gempa bumi 8.8 skala ritcher berlaku, pastinya gegaran yang terlalu kuat itu menjejaskan struktur bangunan lereng bukit Hospital Pantai ini di mana terletaknya ward anak saya. Bukan saya pinta gempa bumi berlaku lagi, namun ia adalah tafsiran dari pakar yang mengatakan gempa bumi lebih dahsyat bakal berlaku. Sila amati berita yang baru diterima di bawah ;
  • JAKARTA : Ketika Sumatera Barat masih berduka dilanda gempa bumi 7.6 skala Richter yang mengorbankan lebih 600 orang dan ratusan lain hilang setakat tengah hari ini, Indonesia dikejutkan dengan kemungkinan gempa lebih besar melebihi 8.0 akan berlaku.
  • "Gempa berukuran 7.6 pada 5.16 petang Rabu lalu yang menggoncang Padang bukan termasuk "skala besar". Itu bukan gempa yang sering kita perbincangkan bakal terjadi, yakni gempa dahsyat lebih dari 8.0 yang memicu tsunami," katanya dalam satu kenyataan.
  • Danny, dalam penyelidikannya di luar pantai Sumatera selama 12 tahun bersama rakan penyelidik, Prof Kerry Sieh, dari Nanyang Technology University (NTU) Singapura, yakin akumulasi tekanan dapat mengakibatkan gempa 8.8 dan kekuatan gempa itu adalah kira-kira 30 kali lebih besar berbanding gempa Rabu lalu.
  • "Secara ilmiah, saya boleh katakan gempa yang dahsyat itu mungkin berlaku esok, lusa, bulan depan, atau mungkin tahun depan. Paling tidak, itu akan terjadi dalam 10 tahun akan datang.
Walau bagaimanapun, saya percaya Tsunami klimex kebangkitan rakyat juga boleh berlaku pada tanggal 11hb. Oktober nanti. Adalah menjadi satu sejarah apabila rakyat sekali lagi menolak parti yang mempertaruhkan kredibiliti dengan meletakkan calon yang pernah dibuktikan bersalah ke atas dakwaan rasuah.

Sekiranya calon tersebut kalah di Bagan Pinang, sudah tentunya dapat kita baca bahawa rakyat telah sedar tanggungjawab membuang undi itu adalah satu tanggungjawab yang menentukan hala tuju pemerintahan negara. Samada terus dikuasai oleh gerombolan rasuah atau, memberi satu mesej kepada kerajaan iaitu rasuah yang merosakkan bangsa harus ditolak habis-habisan dan inilah detik yang paling sesuai mengungkapkan janji perangi rasuah.

Kita semua sedia maklum, Isa Samad adalah calon warga tempatan. Tetapi apakah dengan alasan tersebut para pengundi boleh berkompromi dengan simbol rasuah? Memang kita akui Isa Samad mempunyai jasa memerintah Negeri Sembilan selama lebih dua dekad, namun ingin saya bertanya apakah jasa Isa Samad dalam 10 tahun terakhir pemerintahannya selain daripada menjadikan Negeri Sembilan penternak virus JE dan Bandar Seremban yang turut dikenali sebagai bandar terbengkalai sewaktu era pemerintahannya terutamanya dalam 10 tahun terakhir.

Jadi, dengan pencapaian yang tidak seberapa serta kebolehan Isa Samad memiliki beberapa syarikat besar di atas nama kroninya, 'sumbang'an seperti ini seharusnya membuatkan warga Bagan Pinang menggigil sebelum memangkah dan semoga kesedaran itu terbit memandangkan Tsunami boleh berlaku bila-bila masa untuk menghentam pantai Port Dickson sepertimana yang diberitakan di atas.

Sebagai anak jati Negeri Sembilan, saya tahu sejarah terutamanya sejarah kejatuhan Isa Samad. Ini termasuklah sewaktu bertanding sebagai calon Parlimen Jempol pada PRU 2004 dengan mengetepikan Khalid Yunus. Pemilihanya sebagai calon kerusi parlimen sebagai platform untuk jawatan naib presiden UMNO, seraya itu juga beberapa pondok panas dibakar sebagai tanda protes di mana warga Jempul mahukan Khalid Yunus. Rakyat Negeri Sembilan semua tahu sejarah Isa Samad, apalah jasanya jika dibandingkan dengan skandalnya yang membolehkan beliau melobi habis-habisan untuk jawatan Naib Presiden yang juga kononnya calon 'favorite'.

Akhir kata, sama-samalah kita berdoa agar Tsunami badai tidak berlaku terhadap warga Port Dickson. Kita juga berdoa agar warga Bagan Pinang menggigil untuk memangkah calon rasuah kerana tidak mustahil juga mala petaka itu berlaku di kala sekumpulan umat meng-agungkan kemungkaran Allah yakni membenarkan kemenangan terhadap pelaku rasuah.

RE-FOR-MA-SI

EDYES(edyesdotcom)
5-10-2009
9pm
Ward C533 Hospital Pantai

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin