;


Friday, October 9, 2009

KUTBAH JUMAAT MASJID PAKATAN SEPAKAT PASAL RASUAH HARAM

0 comments



Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat akan membuat laporan kepada tiga pihak termasuk polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) berhubung satu bukti terbaru rasuah politik BN kepada pihak tentera dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Bagan Pinang.http://www.blogger.com/img/blank.gif

Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan hari ini membuat satu pendedahan esklusif berhubung tindakan Menteri Pertahanan Dato' Seri Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Mohamad Hassan yang menjanjikan pelbagai projek pembangunan kepada tentera jika mereka mengundi Barisan Nasional.

Antaranya kerajaan akan menambah prasarana dalam kem dengan membina kolam renang dan gelanggang futsal serta menyediakan kemudahan internet tanpa wayar. Beliau juga menawarkan bantuan pendidikan kepada anak-anak tentera yang akan melanjutkan pelajaran ke menara gading jika mereka mengundi BN.

Manakala Mohamad Hassan pula menawarkan peruntukan bernilai RM100,000 untuk menaiktaraf surau di institut berkenaan didakwa untuk memberi kemudahan kepada anggota tentera untuk melakukan solat Jumaat di kem berkenaan tanpa perlu berjalan jauh keluar dari kem.

Menurut satu sumber dalaman PAS, kedua-dua pemimpin BN itu masuk berkempen kepada tentera di Institut Kejuruteraan Darat (IJED) Kem Kampung Sawah di Port Dickson pada jam 10 pagi 6 Oktober lalu.

Program yang dinamakan Perjumpaan Hari Raya itu melibatkan 847 orang tentera yang akan mengundi secara pos di Bagan Pinang.

Pada sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut pagi tadi, rakaman 15 minit ucapan Zahid dan Mohamad Hassan turut diperdengar kepada wakil media.

Perbuatan itu juga tegasnya merupakan satu kesalahan pilihan raya dan melanggar peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan raya 1954 (Nota: Seksyen 10) (AKP).

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin