;


Monday, October 19, 2009

PAS ditikam dari belakang ?

0 comments
Oleh : musafirlalu [link]
Apabila saya menyatakan bahawa PAS dalam bahaya kerana ada sesuatu yang tidak kena, ramai yang menyatakan saya tidak tahu perkembangan terkini PAS. Saya boleh menerima apa sahaja apa yang orang hendak kata.

Tetapi sekarang sudah ada blog tertentu yang membuat poll tentang Tuan Guru Haji Hadi yang dikatakan tidur dan sentias keluar negara dengan satu lagi saranan agar beliau dijadikan sahaja sebagai duta diatas kekerapan beliau keluar negara.

Apa yang saya boleh katakan jika tiada angin, takkan pokok bergoyang melainkan ada yang mengoncang dari bawah. Mungkin ada yang mengata saya tidak faham apa yang belaku di dalam PAS, mungkin kata-kata mereka itu benar, mungkin juga tidak.

Keangkuhan sudah mula berputik di hati pemimpin yang sudah bergelar 'Yang Berhormat' yang sudah lama diimpi-impikan. Apa tidaknya kerana selama ini sentiasa kalah jika bertanding diatas tiket PAS.

Maka lahirlah pemimpin-pemimpin yang mula menunjukkan taringnya yang selama ini disimpan. Mereka mula merasakan yang mereka sudah mempunyai pengaruh besar dikalangan penyokong PAS.

Jika beginilah sikapnya, tidak mustahil PAS akan kembali ke tahun 1978. Kesederhanaan hidup para pemimpin PAS yang ditunjukkan oleh pemimpin tertinggi PAS terdahulu, tidak lagi menjadi contoh.

Maka lahirlah pemimpin-pemimpin ala Umno selepas mempunyai title Y.B atau MP. Mereka mula memainkan bermacam-macam isu kemudian menyembunyikan diri.

Apakah ini kerana kita merasakan yang kita sudah hebat, sedangkan apa yang belaku adalah ujian dari Allah s.w.t. agar kita bermuhasabah diri kita, apakah kita masih lagi bersifat PAS atau sudah bersalin kulit menjadi pemimpin ala Umno.

Adakala kerana telalu ingin menjaga hubungan dalam Pakatan Rakyat, maka kita boleh ditolak ketepi atau ketengah. Adakah kita sanggup menjual prinsip kita semata-mata mengejar kuasa secara jalan belakang ?

Terdapat beberapa MP dan YB yang saya tahu mula mengatur langkah dalam usaha mengambil alih pimpinan tertinggi di dalam PAS tetapi tidak dapat dilakukan lagi kerana ada halangan yang besar iaitu Tuan Guru Nik Aziz.

Apa yang saya nampak gerakan ini menyerupai apa yang berlaku pada PAS pada pertengahan tahun 80an. Dan saya akui bahawa gerakan mereka cukup teratur.

Mereka cuba melaga-lagakan antara Tuan Guru Nik Aziz dengan Tuan Guru Haji Hadi. Sedangkan Al-Quran dan As-Sunnah adalah perlembagaan tertinggi PAS, apakah kerana ingin melompat lebih jauh maka perlembagaan tertinggi PAS diketepikan.

Mereka membiarkan PAS berada di dalam ketidak selesa semata-mata untuk menjaga hati Pakatan Rakyat. Mereka lebih suka menyokong parti dalam PR dalam sesuatu isu daripada mempertahankannya parti PAS itu sendiri.

Mungkin juga mereka merasakan inilah masa dan waktunya untuk mereka mendapat laba diatas segala pengorbanan mereka terdapat PAS.

Kerana orang-orang seperti inilah Terengganu tidak dapat dipertahankan pada PRU 11 kerana saya melihat sendiri bagaimana pemimpin peringkat bahagian cuba memperkayakan diri. Dan saya telah mengatakan sekiranya inilah perangai peringkat bawahan, PAS pasti tidak mempertahankan Terengganu pada PRU 11.

Tidak dinafikan bahawa Terengganu adalah kubu kuat Umno dan salah satu penyebab PAS dapat memerintah pada 1999, kerana adanya sokongan daripada penyokong Umno sendiri.

Patutkah kita memperlekehkan pucuk pimpinan dalam usaha menjaga hati Pakatan Rakyat? Konon-kononnya atas dasar semangat setiakawan, sedangkan PAS tidak pernah menikam kawan jika kita mengikuti sejarah perjuangan PAS.

Apa yang belaku ialah PAS sentiasa ditikam dari belakang, ibarat madu diberi tetapi dibalasnya dengan racun. Sebagaimana yang berlaku di Kedah tentang isu perobohan tempat sembelihan babi. Kedah dihimpit dari dalam dan belakang.

Percayalah ! Sekiranya ini belaku, PAS dan Pakatan Rakyat pasti akan gigit jari. Untuk kebaikkan PAS, maka singkirlah orang-orang seperti ini pada Muktamar Pemilihan yang akan datang sebelum matlamat PAS akan menjadi lebih sukar.

Bagi saya, mereka-mereka ini cukup faham apa yang saya maksudkan kerana penglibatan mereka yang boleh diibaratkan, siapa makan cili, dialah yang akan merasa pedasnya. Sayangilah PAS, sebagai wadah perjuangan Islam. ( sumber : Dicatat oleh Musafirlalu )

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin