Depa tak yakin tentera akan undi calon Umno. Depa mungkin dah buat culaan awai yang ramai tentera akan undi calon PAS.
Hangpa boleh baca sendiri pengalam Paca PAS yang bertugas di pusat pengundian pengundi pos kat sini. Aku cuma nak quote sikit ja dari apa yang di tulis
Seperkara pelik yang berlaku ketika pengundian semalam ialah, pihak tentera yang menjalankan tugas kerani SPR, terpaksa menerangkan kaedah pengundian kepada pengundi seolah-olah pengundi tidak pernah mengundi sebelum ini.
Sedangkan PRU 12 berlaku tidak sampai 20 bulan yang lalu. Mustahil semua sudah lupa.
Keadaan menunjukkan seolah-olah mereka tidak mengundi ketika PRU 12 lalu.
Sebelum ni aku dapat maklumat yang kita tak perlu risau dengan undi pos pasai memang majoriti akan mengundi kita. Kita dah dapat cula kat situ yang kita akan dapat undi yang agak membanggakan dari undi pos.
Tapi bila baca artikel tu, aku ada sikit gusar, pasainya aku kembali risau berkenaan pengundi hantu dalam senarai pengundi pos.
Aku yakin SPR sebagai kelab penyokong Umno buat semua tu untuk kurangkan sebanyak mungkin yang akan calon Pakatan Rakyat dapat dan dalam masa yang sama undi kepada calon Umno BN boleh meningkat menggunakan pengundi hantu.
Jadinya Pakatan Rakyat perlu tingkatkan lagi kempen untuk tarik pengundi bukan pos. Kalau setakat yang kita dah dapat aku kurang yakin calon PAS akan dapat undi lebih dari calon Umno.
Kita cuma ada sehari semalam ja lagi untuk berkempen. Moga-moga kita dapat maksimakan gerakerja kita, memaksimakan pengunaan tenaga yang kita ada untuk terus jumpa seramai mungkin pengundi melayu. Jangan berputus asa untuk kempen, bukan saja kepada orang atas pagar tapi jugak kepada penyokong Umno.
Kita cuma perlu ingatkan pasai calon Umno yang jadi ikon kepalsuan, yang penuh dengan rasuh dan menaniaya rakyat marhaen untuk kepentingan kroni; ikon kepalsuan yang jalankan projek pembangunan cuma sebagai tiket untuk 'menghalalkan' duit rasuah kepada pemimpin Umno yang menyokong dia yang akibatnya banyak projek tak siap dan mendatangkan masalah lain pulak.
Kita kena fokus untuk pastikan akhirnya kemarahan depa kat Isa Samad diterjemahkan di atas kertas undi.
PRK Bagan Pinang
0 comments:
Post a Comment