Badrul mengatakan kononnya kes liwat yang membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau keluar PKR.
Bila ditanya mengapa beliau menunggu hingga sekarang untuk menimbulkan isu liwat itu, Badrul tidak memberi jawapan secara langsung.
Badrul juga memberikan alasan kononnya kerajaan negeri enggan menyelaraskan dengan beliau pemberian peruntukan tetapi sebaliknya, bertindak membuka pusat perkhidmatan yang berasingan di Pandamaran Indah untuk berurusan dengan pengundi di situ.
Tetapi sebenarnya itu hanyalah alasan-alasan yang telah ditulis untuk memburuk burukkan DSAI dan juga Kerajaan PR Selangor. Ditulis untuk dibaca oleh Badrul.
Inilah antara sebab-sebabnya kenapa Badrul tidak layak berada didalam Kerajaan PR Selangor yang telah diberikan oleh AMK Kelang...
1 ~ Badrul telah tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai wakil rakyat di Dun Pelabuhan Klang sejak menang Pilihan Raya Umum, Mac 2008 lagi.
2 ~ Beliau jarang turun padang dan tidak mesra rakyat selain menghabiskan peruntukan yang diberi kerajaan negeri Selangor dari 2008 hingga pertengahan 2009 secara meragukan.
3 ~ Tiada program yang dibuat Badrul untuk menyalurkan sumbangan kepada rakyat di kawasannya.
4 ~ Beliau juga didakwa tidak memberi kerjasama yang baik kepada kerajaan negeri bahkan sering tidak hadir program rasmi kerajaan negeri yan diadakan di kawasannya sendiri.
5 ~ Sifat Badrul sendiri yang eksklusif juga didakwa menyebabkan bukan sahaja beliau terlalu sukar duhubungi dan ditemui rakyat, bahkan oleh pucuk pimpinan PKR sendiri.
Takkan PKR/PR nak simpan lagi kot pemimpin macam ni..
3:46:00 PM
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 months ago
0 comments:
Post a Comment